feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Maklumat Terkini

"Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu, dan pasukan berkuda diperbatasan, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu, dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui, (tetapi) Allah mengetahuinya. Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibayar cukup kepada kamu, dan kamu tidak dirugikan" Ayat 60 Surah Al-Anfal

USTAZ HANAFI DALAM KENANGAN ... Episod 2

Pada episod kali ini, ayuh kita kaji latar belakang dan perwatakan pemimpin agung yang sentiasa dikenang dan disanjung iaitu Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Haji Ahmad. Pemergian beliau masih dirasakan walaupun sebenarnya beliau telah meninggalkan kita semua lebih 20 tahun yang lalu. Kekosongan yang beliau tinggalkan sehingga kini tidak dapat diisi oleh dua orang individu yang pernah menjawat jawatan Guru Utama. Ustaz Hanafi tetap hadir dalam diri setiap kita melalui perjuangan yang beliau tinggalkan. Maka atas sebab itulah, perjuangan beliau tetap kita teruskan walau apapun halangan dan cabarannya. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Itulah Ustaz Hanafi, tetap segar dalam ingatan kita.

Ustaz Hanafi mendidik dengan cara hikmah, bukan dengan cara memaksa. Beliau ‘menarik’ golongan yang hina untuk bersama perjuangan beliau dan golongan tersebut menjadi manusia yang beguna hasil didikan beliau. Maka sudah semestinyalah, kita semua akan sentiasa mengenang dan merindui Ustaz Hanafi.

Ustaz Hanafi, hadirmu bak purnama, menerangi malam dan menyerikan suasana. Engkau laksana bintang yang bergemerlapan, tidak puas mata memandang….

Sebagai menghargai dan menyingkap kembali kisah Ustaz Hanafi ini, elok juga kita menyingkap tentang sejarah hidup beliau secara ringkas.

Ustaz Hanafi Hj Ahmad (1923 – 1986) - 63 tahun
Tahun 1923 - dilahirkan di Kg Sungai Baru, Mukim Gunong Alor Setar, Kedah

Tahun 1929 (6 tahun) -mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunong,Alor Setar Kedah



Tahun 1933 (9 tahun) -belajar di sekolah pondok Kampong Alor Goncah, Mukim Gunong, Alor Setar, Kedah

Tahun 1935 (11 tahun) -diberhentikan dari sekolah kerana dikatakan berkelakuan tidak baik walaupun beliau menafikannya.

Tahun 1936 (13 tahun) -menyambung pelajaran di pondok Guar Chempedak, Gurun, Kedah

Tahun 1937 (14 tahun) -berhenti dari sekolah pondok di Guar Chempedak

Tahun 1937 (14 tahun) - selepas behenti dari pondok di Guar Chempedak, beliau kembali ke kampung beliau dan belajar dengan beberapa guru sekolah pondok di kampung beliau dan juga bapa saudara beliau untuk beberapa tahun

Tahun 1942 (19 tahun) -mula bertemu dan belajar dengan Pak Ngah Sharif. Antara ilmu yang diperlajari adalah ilmu ketuhanan dan perubatan.

Tahun 1945 (22 tahun) -berhenti belajar dengan Pak Ngah Sharif selepas 3 tahun bersama guru tersebut

Tahun 1945 (22 tahun) -mula menjelajah ke seluruh tanah air untuk menjual ubat

Tahun 1946 (23 tahun) -menyertai bidang politik dengan menganggotai Parti Seberkas

Tahun 1946 (23 tahun) -bertemu Encik Yahaya Said untuk kali pertama ketika sedang menjual ubat

Tahun 1947 (24 tahun) - mendirikan rumah tangga

Tahun 1956 (33 tahun) - keluar dari Parti Seberkas

Tahun 1957 (34 tahun) -mula belajar dengan Pak Hj Zain Lebai Abdul Rahman

Tahun 1959 (36 tahun) - menyertai Parti Negara pimpinan Datuk Onn Jaafar. Bertanding dalam pilihanraya bagi Kawasan Langkawi sebagai calon Parti Negara tetapi tewas. Setelah tewas dalam pilihanraya, Ustaz Hanafi dan keluarga telah berpindah ke Lenggeng, Negeri Sembilan dan tinggal di sana selama satu tahun setengah.

Tahun 1962 (39 tahun) - kerana kehidupan yang susah di Lenggeng, beliau kembali ke Kedah dan meneruskan kerja menjual ubat di Pekan Rabu dan sekitarnya.

Tahun 1963 (40 tahun) -dilantik menjadi Pegawai Penerangan Pejabat Zakat dan kemudiannya beliau dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Penyelia Zakat bagi kawasan Kota Setar I. Beliau kemudian telah dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi Penolong Setiausaha Zakat , Jajahan Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah.

Tahun 1965 (42 tahun) -selepas selama satu tahun empat bulan berkerja sebagai pegawai zakat, Ustaz Hanafi mengambil keputusan berhenti dari kerja tersebut. Keputusan tersebut dibuat disebabkan suasana perkerjaan yang ditekan oleh unsur-unsur & tekanan politik

Tahun 1965 (42 tahun) -berniaga apam balik di Yala, Siam tetapi tidak lama selepas itu berhenti berniaga kerana tidak menguntungkan kerana kejatuhan matawang Siam. Pada tahun ini, beliau telah bertemu dengan Encik Yahaya Said untuk kali kedua pada bulan Disember tahun 1965. Silat Cekak dilahirkan kembali pada 28 Disember 1965 apabila 20 orang penuntut baru telah diijazahkan oleh Encik Yahaya Said. Ustaz Hanafi adalah salah seorang penuntut. Walaubagaimanapun kelas latihan silat belum dijalankan kerana tidak persatuan yang menaungi silat tersebut.




Tahun 1966 (43 tahun) - hasil usaha beberapa rakan dan beliau sendiri, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Sesi Silat, Perkumpulan Seni Seri Budaya Seri Kedah. Perkumpulan ini telah bersetuju digunakan sebagai perkumpulan yang menggerakan Silat Cekak. Selepas menjadi pengerusi Sesi Silat, maka Encik Yahaya Said telah dilantik secara rasmi oleh Perkumpulan Seni Seri Budaya Seri Kedah untuk menjadi Guru Silat. Selepas perlantikan tersebut, barulah kelas pertama Silat Cekak dimulakan. Kemudian kelas silat yang kedua telah dibuka di Telok Wan Jah, Kedah

Tahun 1968 (45 tahun) -kelas silat seterusnya dibuka di Sungai Petani, Kedah

Tahun 1970 (47 tahun) -berhijrah ke Kuala Lumpur, meninggalkan anak dan isteri beliau di Kedah.

Tahun 1971 (48 tahun) -di Kuala Lumpur , beliau telah cuba mengembangkan Silat Cekak. Beliau telah sekali lagi mencari persatuan yang boleh membantu beliau untuk mengembangkan silat ini. Kerana Silat Cekak pada waktu itu belum didaftarkan dan adalah menjadi kesalahan untuk menjalankan kelas silat tanpa persatuan atau pendaftaran rasmi. Beliau telah berjaya mendapat kebenaran persatuan bawean putra untuk menaungi silat ini. Beliau kemudian dilantik menjadi ahli dan juga ketua seksi seni silat Persatuan Bawean Putra, Kuala Lumpur (persatuan sepak raga jaring). Kelas pertama di adalah Kampung Bumiputera, Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur di buka. Seramai 12 orang telah mempelajari Silat Cekak.

Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia telah didaftarkan. Kelas kedua di Sungei Way dibuka pada 6 Disember 1971
Tahun 1973 (50 tahun) - membentang kertas kerja bertajuk ‘Silat Cekak Malaysia di Konvensyen Seni Silat Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Mendapat tentangan dari pelbagai aliran persilatan termasuk Silat Kalimah, Gayung dan Lincah.

Tahun 1974 (51 tahun) -kelas pertama di IPT ditubuhkan iaitu di Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Julai 1974.

Tahun 1975 (52 tahun) -kelas kedua di IPT iaitu di Institut Teknologi MARA (sekarang UiTM), Shah Alam ditubuhkan. Kelas ketiga di IPT iaitu di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia) di tubuhkan. Kelas keempat di IPT iaitu di Universiti Teknologi Malaysia ditubu

Tahun 1975 (52 tahun) -nama Persatuan Seni Silat Cekak Kedah Malaysia telah ditukarkan kepada nama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia pada 15 April 1975.



Tahun 1976 (53 tahun)-kelas kelima di IPT iaitu di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang ditubuhkan. Kelas keenam di IPT iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia di tubuhkan pada tahun yang sama.

Tahun 1977 (54 tahun) -penubuhan cawangan Pulau Pinang pada 22 Januari 1977 dan kemudiannya cawangan di Ipoh, Perak pada 27 Mac 1977 ditubuhkan dan lain-lain cawangan pada tahun-tahun berikutnya.

Tahun 1980 - 86 - untuk enam tahun terakhir sebelum akhir hayat beliau, beliau telah banyak melakukan pembaharuan dan melakarkan kejayaan antaranya seperti pembinaan bangunan Silat Cekak, pembukaan kelas di cawangan-cawangan, menubuhkan Koperasi Gerak Jaya berhad, menubuhkan Kelab Sukan Seri Lading, pembukaan Mini Market Gerak Jaya di AU2, Taman Keramat, pembukaan pusat penjagaan kanak-kanak di AU5, Taman Keramat, terlibat ke atas penubuhan PESAKA

Tahun 1986 (63 tahun) -meninggal dunia di rumah beliau di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur





USTAZ HANAFI DALAM KENANGAN ... Episod 1


Semenjak 42 tahun yang lalu, nama Ustaz Hanafi telah bermain di bibir penuntut Silat Cekak atas jasa dan pengorbanan beliau melahir dan mengembangkan Silat Cekak ke alam maya. Penglibatan Ustaz Hanafi selama 21 tahun semasa hayat beliau telah meletakkan beliau setaraf dengan pejuang-pejuang nationalis bangsa sewaktu proses menuntut kemerdekaan dan juga sewaktu melawan penjajah. Berbeza dengan perjuangan menentang penjajah, Ustaz Hanafi berjuang untuk menegakkan tamadun bangsa Melayu melalui silat. Identiti silat yang dibawa oleh beliau adalah berindentitikan pendidikan dengan dimasukkan roh Islam sebagai asas kepada pergerakan Silat Cekak yang kemudiaannya digabungkan dengan adat dan istiadat bangsa Melayu dan selepas itu lahirlah apa yang di sebut Silat Cekak sebagai wadah perjuangan bangsa Melayu yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Nama Ustaz Hanafi juga cukup popular sewaktu di zaman puncak beliau disebabkan ketokohan dan pengetahuan ugama yang mendalam, kepetahan berhujah dan berucap, keupayaan berbicara soal ugama, ahli bahasa yang berpengalaman dan keperibadian yang bersih serta berpendirian tegas telah menonjolkan beliau antara tokoh persilatan Melayu yang disegani oleh kawan dan lawan. Oleh itu ramai berpendapat, Ustaz Hanafi menonjolkan atas kekuatan yang ada pada diri beliau. Beliau diangkat dan diletakkan ke satu tahap yang tinggi atas kegigihan dan keyakinan beliau. Kejayaan yang beliau kecapi adalah selepas beliau berjaya mengharungi rintangan dan cabaran yang hebat. Maka kemanisan hasil dari kejayaan yang dicapai itu adalah kemanisan yang berkekalan hingga ke hari ini. Sebab itu, walaupun Ustaz Hanafi telah tiada, namun roh pendidikan dan ilmu yang ditinggalkan oleh beliau masih bersama kita semua dan di atas hasil didikan beliau jugalah, kita semua dapat memperbaiki diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Ustaz Hanafi merupakan pemimpin agung kepada Silat Cekak. Tiada lagi pemimpin yang sehebat dan setaraf beliau yang dapat dilahirkan oleh pergerakan Silat Cekak. Ustaz Hanafi adalah unik. Hanya satu pemimpin seperti beliau yang dilahirkan bersama Silat Cekak. Tiada sesiapapun yang boleh meniru atau boleh mendabik dada mengatakan sebaliknya. Maka, apabila kita semua bercerita tentang Silat Cekak , nama Ustaz Hanafi akan turut serta. Ustaz Hanafi dan Silat Cekak tidak boleh dipisahkan. Ianya bergerak seiring dan akan kekal begitu untuk tempoh yang amat lama. Ustaz Hanafi telah banyak berjasa kepada kita semua. Beliau meninggalkan satu warisan yang amat berharga untuk kita sama-sama pelihara. Inilah wasiat dan amanah yang diserahkan kepada kita untuk kita kembangkan dan jaga supaya dapat diwarisi oleh para anak bangsa. Amanah yang beliau tinggalkan adalah untuk generasi sekarang dan akan datang. KITA SEMUA ADALAH PEMEGANG AMANAH TERSEBUT. Kita bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara kesucian warisan yang telah ditinggalkan oleh pemimpin agung Silat Cekak yang kita kasihi. Ilmu yang ditinggalkan kepada kita adalah ilmu untuk mendidik. Mendidik anak bangsa dari yang tidak bagus menjadi bagus, yang tidak elok menjadi elok, yang tidak amanah menjadi amanah, yang tidak siddiq menjadi orang-orang yang bercakap benar dan yang paling penting ilmu yang ditinggalkan adalah untuk mendidik kita supaya dapat menilai dan mengenal diri kita di sisi Allah swt. Apabila kita kenal diri, maka sudah tentu hubungan kita dengan Allah swt menjadi hubungan yang hebat. Hubungan tuan dengan hambaNya. Setelah berlalu episod duka, kami akan cuba menyiarkan nostalgia tentang Ustaz Hanafi yang bermula dengan siapakah dia Ustaz Hanafi, apakah latarbelakang beliau, apakah pengalaman dan payah jerih beliau untuk mengembangkan silat ini. Mungkin pengalaman dan kegigihan beliau akan menjadi panduan untuk kita menghadapi cabaran seterusnya. Disamping itu, kami akan cuba menyiarkan apakah pendidikan yang telah diterapkan oleh Ustaz Hanafi untuk kebaikan kita bersama. Dan tidak lupa kami akan menyiarkan juga hasil didikan Ustaz Hanafi yang merupakan anak-anak murid beliau yang beliau kasihi. Ada ramai anak murid beliau yang boleh kita kongsi pengalaman mereka. kami akan siarkan seramai yang boleh untuk tatapan kita semua. Kita cuba berkongsi pengalaman dan ambil iktibar serta pengajaran dari cerita-cerita yang dilalui oleh mereka-mereka ini, InsyaAllah.




ALAMAT PERHUBUNGAN PSSCUHM

Alamat Pendaftaran


No.55, Jalan AU2A/20, Taman Seri Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Pejabat Urusan


311-C, Lorong Kedah, Melawati Square, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-4147 2721 Fax: 03-4147 2722 Email: info@silatcekakhanafi.org Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Cawangan-cawangan di Seluruh Negara

PSSCUHM, Pusat Latihan Kuala Lumpur.
No. 132, Fasa 5, Jalan H5, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. (Peta GoogleMaps)
En.Karem Bin Husin
h.p: 012 212 4591

PSSCUHM, Cawangan Selangor Darul-Ehsan.
No. 1,Jalan Kundang 4/7D,Seksyen 4 ,40000 Selangor Darul Ehsan. (Peta GoogleMaps)
En.Razlan Bin Abd Razak
h.p: 017 273 2721

PSSCUHM, Cawangan Negeri Sembilan Darul Khusus.
D/A: No. 77, Kg Gadong Jaya, 71900 Labu, Seremban Negeri Sembilan. (Peta GoogleMaps)
En Halim Bin Abdul Hamid
h.p: 013 365 5693

PSSCUHM, Cawangan Melaka Bandaraya Bersejarah.
D/A: No. 6, Jalan AP5, Taman Ara Permai, Batu Berendam 75350 Melaka. (Peta GoogleMaps)
En Omar Bin A.Rahman
h.p: 012 379 7300

PSSCUHM, Cawangan Johor Darul Takzim
D/A: No. 32, Jalan Kenangan, Kg Melayu Majidee, 81100 Johor Bharu, Johor. (Peta GoogleMaps)
En Abdil Hakim Bin Ahmadun
h.p: 013 700 4727

PSSCUHM, Cawangan Perak Darul Ridzuan
D/A: No.22, Persiaran Anggerik 4, Taman Anggerik Biru 33000 Kuala Kangsar, Perak. (Peta GoogleMaps)
En Aziz Zafran Bin Jamalul Karib
h.p: 013 721 7727

PSSCUHM, Cawangan Pulau Pinang
D/A: No. 73, Jalan Murni 1, Taman Murni, 34200 Parit Buntar, Pulau Pinang. (Peta GoogleMaps)
En Abd Halim bin Bakar
h.p: 012 509 2435

PSSCUHM, Cawangan Kedah Darul Aman.
D/A: No. 221, Taman Desa Aman, 08800 Guar Chempedak, Kedah (Peta GoogleMaps)
En Faiz Bin Kasim
h.p: 012 5142 021

PSSCUHM, Cawangan Perlis Indera Kayangan
D/A: No.1C, KM 12, Kampung Utan Aji Kandis, 02600 Arau, Perlis (Peta GoogleMaps)
En Mohamad Fauzi Bin Jusoh
h.p: 016 4514 225
PSSCUHM, Cawangan Pahang Darul Makmur.
D/A: No. 1, Lorong IM2/20, Bandar Indera Mahkota 2, 25200 Kuantan, Pahang. (Peta GoogleMaps)
En Hasmizi Bin Mohamed
h.p: 013 9653 293

PSSCUHM, Cawangan Kelantan Darul Naim.
D/A: 1159A, Kampung Jaya, Jalan Pasir Hor, 15100 Kota Bharu, Kelantan (Peta GoogleMaps)
En Ahmad Ruzuki Bin Abd Rashid
h.p: 013 9011 221

PSSCUHM, Cawangan Terengganu Darul Iman
D/A: No. 9, Lot 583, Dataran Geliga, Kampung Geliga Besar, 24000 Kemaman, Terengganu Darul-Iman (Peta GoogleMaps)
En Roslan Bin Salam
h.p: 019 9532 001

PSSCUHM, Cawangan Sarawak
D/A: Lot 93SF (Front), Synergy Square, Matang Jaya Commercial Square Centre 93050 Kuching, Sarawak (Peta GoogleMaps)
En Zuhardi Bin Sekawi
h.p: 013 8224 323

PSSCUHM, Cawangan Sabah
D/A: P.O. Box 12943, 88832 Kota Kinabalu, Sabah (Peta GoogleMaps)
En Shahrom Bin Saidon
h.p: 016 8424 242




MAJLIS MESYUARAT KEBANGSAAN (MMK) - TERKINI

Majlis Mesyuarat Kebangsaan(MMK) merupakan badan tertinggi dalam struktur persatuan yang membuat dasar dan polisi mengenai pengurusan dan pentadbiran persatuan. Fungsi badan ini menyusun dan menyediakan kegiatan harian persatuan serta membuat cadangan-cadangan mengenai pentadbiran persatuan menurut dasar am yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan.

Berikut adalah senarai ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan bagi Sesi 2009-2012:

Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/12

1.
YM Hj. Md Radzi bin Hj. Hanafi
- Presiden
2. Hj. Yusaini bin Hj. Sidek - Naib Presiden
3. En. Mohd Azhar bin Hj. Mohd Ali - Naib Presiden
4. En. Mohd Amin bin Zainul Abidin - Setiausaha Agung
5. En. Ahmad Bakhtiar bin Muhammad - Bendahari Agung
6. En. Aminudin bin Hj. Dahlan - Ketua Perhubungan Seranta
7. En. Radzlan bin Abdul Razak - Ahli Majlis
8. En. Karem bin Husin - Ahli Majlis
9. En. Yushaimi bin Yahya - Ahli Majlis
10. En. Zamri bin Hasan - Ahli Majlis
11. En. Azhan Ramiz bin Zainon - Ahli Majlis




MAKLUMAN SITUASI SEMASA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pekeliling MMK 09/12

27 April 2009

Semua Ahli

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

Tuan / Puan,

MAKLUMAN SITUASI SEMASA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

Sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk.>Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa berdasarkan Perlembagaan Persatuan, Peraturan 7, Ceraian 23 (b), pada 28 Mac 2009 (Sabtu), pada jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Tertutup, Kompleks Rakan Muda, Sementa, Kelang, Selangor Darul Ehsan dengan dihadiri seramai 318 orang Perwakilan diseluruh Malaysia iaitu sekitar 77.6% peratus kehadiran daripada jumlah maksima Perwakilan sebanyak 410 orang.

Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa ini di adakan atas desakan 10 buah Cawangan Negeri di Malaysia yang menuntut Presiden memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut kerana hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2006/2009 yang telah gagal melaksanakan amanahnya berdasarkan Perlembagaan Persatuan dan ketetapan Mesyuarat Agung Perwakilan serta enggan memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Bagi Tahun 2006, 2007 dan 2008 dan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2009/2012 telah difailkan dengan sempurna di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 31 Mac 2009.

Satu laporan polis telah dibuat terhadap En.Ramlee Bin Abd.Rahman (Mantan Setiausaha Agung), En.Amrahi Bin Buang (Mantan Bendahari Agung), En.Abd Azman Bin Johan dan En.Kamarul Baharaini Bin Abd.Latiff (Mantan Juruaudit Dalaman) kerana telah enggan dan engkar untuk menyerahkan Penyata Aktiviti dan Kewangan PSSCUHM pada 26hb April 2009.

Adalah dimaklumkan juga bahawa pembubaran 10 Buah Cawangan Negeri oleh MMK 2006/2009 adalah tidak sah kerana Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan Negeri yang hilang kepercayaan dan keyakinan kepada En.Ramlee Bin Abd.Rahman (mantan Setiausaha Agung) telah diadakan pada bulan Februari 2009 dan MMK 2006/2009 telah tamat tempohnya selama 3 tahun pada 11hb Mac 2009.

Turut dimaklumkan bahawa pengguguran keahlian beberapa orang ahli Seumur Hidup persatuan ini adalah tidak sah kerana pemakluman tersebut hanya diterima selepas tarikh 21hb April 2009, iaitu selepas Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 terbentuk pada 28hb Mac 2009.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan kepada pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan kesahihan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa mahupun Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2009/2012 tersebut, bolehlah mencabarnya dimana-mana mahkamah di Malaysia yang merupakan badan yang berwibawa untuk menentukan samada sesuatu Mesyuarat Agung tersebut sah ataupun tidak.

Suka saya tegaskan disini bahawa berkuatkuasa selama 3 tahun, bermula daripada 28hb Mac 2009, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ditadbir oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 (rujuk laman web rasmi persatuan www.silatcekakhanafi.org) yang telah dipilih pada Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa yang telah diadakan pada 28hb Mac 2009 dan akan berakhir tempohnya pada 27hb Mac 2012. Ahli-ahli juga dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pejabat pengurusan jika memerlukan penjelasan dan keterangan terperinci.

Sekian, wassalam.

MOHAMAD AMIN BIN ZAINUL ABIDIN

Setiausaha Agung


Sumber dipetik dari www.sillatcekakhanafi.org





Apa dah jadi pada golongan Pengkhianat ...

Assallamualaikum Semua...

Dah lama tak menulis dalam blog ni. Semua orang boleh berkata-kata seperti diatas tetapi biarlah berkata dengan kebenaran bukannya untuk mengaibkan orang atau memutuskan silaturrahim sesama muslim. Kerja-kerja menghasut dan memfitnah adalah kerja dajal. Bolehlah dianggap pengkhianat bangsa dan negara. Jika dulu guru disanjung dan dihormati tetapi hairan zaman sekarang guru tidak lagi berada di hati tetapi tidak juga bertakhta di mata. Namun kesetiaan hanya berbicara dimulut. Kata setia tapi nah kau ... habis guru dicaci, dimaki dan dihamun. Tidakkah kamu sedar wahai duri dalam daging, pengkhianat dalam perjuangan yang selama ini dibajai dengan semangat setiakawan, dibajai dengan sifat mahmudah. Dimana kata setia, dimana kata hormat. Kalau dulu guru disalam, dipeluk, dicium kini guru yang dulunya diletakkan disatu tempat yang terlalu tinggi kini dimana sudah diletakkan wahai orang disana yang memusuhi kami pengikut Guru Utama yang sebenar. Tidakkah kamu terfikir bahawa guru yang kamu jangkat hanya seekor kambing hitam yang hanya diperkudakan oleh orang yang mempunyai kepentingan semata-mata. Siapa Joe ? Cuba cari siapa orang ini ? Adakah dia Guru sebenar guru atau hanya bertopengkan guru yang mahu dianggap utama yang bersembunyi dibalik title hanya untuk memuaskan hati seseorang. Dimana kewibawaannya dikala anak muridnya yang begitu lancang sekali mulutnya memperkatakan kepalsuan serta penghinaan kepada keluarga almarhum Ustaz Hanafi. Tidakkah sedar dan malu menggunakan nama Hanafi sedang keluarganya tidak dihormati ... Suka saya mengambil dari sebuah artikel Seni Silat Gayung Fatani ... sila baca dengan tenang ...

"Tidak ada manusia biasa yang dilahirkan bijaksana tanpa berguru atau belajar. Salah satu amalan sikap orang bijaksana itu ialah kesetiaan. Oleh itu sesiapa yang telah bijaksana awaslah diri daripada kedatangan kejahilan. Kejahilan peruntuh akhlak dan peradaban manusia. Dalam membicarakan dunia ilmu seni mempertahankan diri, maka bangsa timur ini telah memiliki berbagai jenis seni mempertahankan diri. Di antara jenis seni mempertahankan diri yang istimewa ialah jenis yang dimiliki oleh rumpun bangsa Melayu yang mendiami daerah serantau nusantara iaitu Seni Silat.

Lagi ...

"Kesetiaan penting dalam menuntut dan mengamalkan ilmu silat iaitu kesetiaan antara guru dan murid kerana silat merupakan ilmu rahsia membela atau mempertahankan diri. Murid setia kepada guru kerana guru punca ilmu dan guru setia kepada murid kerana jihadnya menentang kejahilan. Guru umpama harimau di hutan dan murid sebagai hutannya. Hutan tidak akan digeruni kalau tanpa harimau di dalamnya, manakala harimau tidak akan hebat tanpa hutan. Demikianlah perumpamaan orang menuntut ilmu. Dari kesetiaanlah lahirnya nilai-nilai murni seperti kejujuran, kesabaran, tanggungjawab, yakin taat, rajin, akhlak dan sebagainya. Mengamalkan kesetiaan perlu diasuh dengan sabar kerana apabila hilang kesetiaan dari diri segala nilai-nilai murni terbang seperti embun di pagi hari. Yang tinggal ialah perhubungan bermuka-muka, angguk ia percaya tidak.
Seperti yang telah disebutkan di atas tadi, setiap pesilat berusaha membentuk diri untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna. Tanpa akhlak yang mulia ilmu persilatan tidak bermakna. Bertambah buruk lagi kalau seni silat digunakan ke jalan yang salah, iaitu jalan yang bukan diamanahkan.

Tidak sekali-kali apabila mempelajari ilmu persilatan baru mengenai lawan. Sesungguhnya dengan mempelajari seni silat, seseorang dapat mengenalikelemahan diri sendiri. Kelemahan manusia ada rahsia baik buruknya.Umpamanya baik kelemahan itu akan menyebabkan seseorang itu penakut dan dayus.

"Pesilat diajar untuk membina diri mengikut kemampuan, membela diri mengikut
keadaan. Selagi ada ikhtiar pesilat dituntut berusaha. Sedia berdikari danbertangungjawab menjaga keselamatan diri, maruah keluarga, harta,kepentingan bangsa dan negara. Kalau tanggungjawab diri sendiri diabaikan dan diberikan kepada orang lain untuk menguruskannya, kelak kitalah akan menjadi hamba orang."

"Nilai kesetiaan dalam silat menjadikan pesilat menjadikan pesilat menyedaritanggungjawab terhadap perguruan sebagai punca ilmu persilatan, diri,masyarakat dan negaranya. Kesetiaan itu kejujuran dan kesabaran yang membentuk diri lebih teliti untuk kehidupan yang sejahtera."

P/S : Jangan menuduh tanpa usul periksa, nanti jatuh kepada fitnah. Fitnah itu dosanya dari membunuh.






Majlis Ijazah Asas, Potong dan Tamat SMK Sandakan



Salam dari kami warga Silat Cekak Sandakan dan tahniah kepada mereka yang telah tamat dan telah masuk keperingkat seterusnya. Manakala mereka yang baru mempelajari silat ini teruskan usaha dan jangan ponteng kelas yang penting taat kepada guru dan ibubapa.

Syabas adik-adik semua, semoga ilmu yang adik-adik pelajari akan diberkati

Guru Utama sedang mengijazahkan pelajar

Alhamdulillah, Majlis Ijazah berjalan dengan lancar. Terima Kasih Bang Mad