feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Maklumat Terkini

"Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu, dan pasukan berkuda diperbatasan, untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu, dan yang lain disamping mereka yang tidak kamu ketahui, (tetapi) Allah mengetahuinya. Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah, niscaya akan dibayar cukup kepada kamu, dan kamu tidak dirugikan" Ayat 60 Surah Al-Anfal

ALAMAT PERHUBUNGAN PSSCUHM

Alamat Pendaftaran


No.55, Jalan AU2A/20, Taman Seri Keramat, 54200 Kuala Lumpur

Pejabat Urusan


311-C, Lorong Kedah, Melawati Square, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-4147 2721 Fax: 03-4147 2722 Email: info@silatcekakhanafi.org Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Cawangan-cawangan di Seluruh Negara

PSSCUHM, Pusat Latihan Kuala Lumpur.
No. 132, Fasa 5, Jalan H5, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur. (Peta GoogleMaps)
En.Karem Bin Husin
h.p: 012 212 4591

PSSCUHM, Cawangan Selangor Darul-Ehsan.
No. 1,Jalan Kundang 4/7D,Seksyen 4 ,40000 Selangor Darul Ehsan. (Peta GoogleMaps)
En.Razlan Bin Abd Razak
h.p: 017 273 2721

PSSCUHM, Cawangan Negeri Sembilan Darul Khusus.
D/A: No. 77, Kg Gadong Jaya, 71900 Labu, Seremban Negeri Sembilan. (Peta GoogleMaps)
En Halim Bin Abdul Hamid
h.p: 013 365 5693

PSSCUHM, Cawangan Melaka Bandaraya Bersejarah.
D/A: No. 6, Jalan AP5, Taman Ara Permai, Batu Berendam 75350 Melaka. (Peta GoogleMaps)
En Omar Bin A.Rahman
h.p: 012 379 7300

PSSCUHM, Cawangan Johor Darul Takzim
D/A: No. 32, Jalan Kenangan, Kg Melayu Majidee, 81100 Johor Bharu, Johor. (Peta GoogleMaps)
En Abdil Hakim Bin Ahmadun
h.p: 013 700 4727

PSSCUHM, Cawangan Perak Darul Ridzuan
D/A: No.22, Persiaran Anggerik 4, Taman Anggerik Biru 33000 Kuala Kangsar, Perak. (Peta GoogleMaps)
En Aziz Zafran Bin Jamalul Karib
h.p: 013 721 7727

PSSCUHM, Cawangan Pulau Pinang
D/A: No. 73, Jalan Murni 1, Taman Murni, 34200 Parit Buntar, Pulau Pinang. (Peta GoogleMaps)
En Abd Halim bin Bakar
h.p: 012 509 2435

PSSCUHM, Cawangan Kedah Darul Aman.
D/A: No. 221, Taman Desa Aman, 08800 Guar Chempedak, Kedah (Peta GoogleMaps)
En Faiz Bin Kasim
h.p: 012 5142 021

PSSCUHM, Cawangan Perlis Indera Kayangan
D/A: No.1C, KM 12, Kampung Utan Aji Kandis, 02600 Arau, Perlis (Peta GoogleMaps)
En Mohamad Fauzi Bin Jusoh
h.p: 016 4514 225
PSSCUHM, Cawangan Pahang Darul Makmur.
D/A: No. 1, Lorong IM2/20, Bandar Indera Mahkota 2, 25200 Kuantan, Pahang. (Peta GoogleMaps)
En Hasmizi Bin Mohamed
h.p: 013 9653 293

PSSCUHM, Cawangan Kelantan Darul Naim.
D/A: 1159A, Kampung Jaya, Jalan Pasir Hor, 15100 Kota Bharu, Kelantan (Peta GoogleMaps)
En Ahmad Ruzuki Bin Abd Rashid
h.p: 013 9011 221

PSSCUHM, Cawangan Terengganu Darul Iman
D/A: No. 9, Lot 583, Dataran Geliga, Kampung Geliga Besar, 24000 Kemaman, Terengganu Darul-Iman (Peta GoogleMaps)
En Roslan Bin Salam
h.p: 019 9532 001

PSSCUHM, Cawangan Sarawak
D/A: Lot 93SF (Front), Synergy Square, Matang Jaya Commercial Square Centre 93050 Kuching, Sarawak (Peta GoogleMaps)
En Zuhardi Bin Sekawi
h.p: 013 8224 323

PSSCUHM, Cawangan Sabah
D/A: P.O. Box 12943, 88832 Kota Kinabalu, Sabah (Peta GoogleMaps)
En Shahrom Bin Saidon
h.p: 016 8424 242




MAJLIS MESYUARAT KEBANGSAAN (MMK) - TERKINI

Majlis Mesyuarat Kebangsaan(MMK) merupakan badan tertinggi dalam struktur persatuan yang membuat dasar dan polisi mengenai pengurusan dan pentadbiran persatuan. Fungsi badan ini menyusun dan menyediakan kegiatan harian persatuan serta membuat cadangan-cadangan mengenai pentadbiran persatuan menurut dasar am yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan.

Berikut adalah senarai ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan bagi Sesi 2009-2012:

Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/12

1.
YM Hj. Md Radzi bin Hj. Hanafi
- Presiden
2. Hj. Yusaini bin Hj. Sidek - Naib Presiden
3. En. Mohd Azhar bin Hj. Mohd Ali - Naib Presiden
4. En. Mohd Amin bin Zainul Abidin - Setiausaha Agung
5. En. Ahmad Bakhtiar bin Muhammad - Bendahari Agung
6. En. Aminudin bin Hj. Dahlan - Ketua Perhubungan Seranta
7. En. Radzlan bin Abdul Razak - Ahli Majlis
8. En. Karem bin Husin - Ahli Majlis
9. En. Yushaimi bin Yahya - Ahli Majlis
10. En. Zamri bin Hasan - Ahli Majlis
11. En. Azhan Ramiz bin Zainon - Ahli Majlis




MAKLUMAN SITUASI SEMASA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pekeliling MMK 09/12

27 April 2009

Semua Ahli

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia.

Tuan / Puan,

MAKLUMAN SITUASI SEMASA PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

Sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk.>Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (PSSCUHM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa berdasarkan Perlembagaan Persatuan, Peraturan 7, Ceraian 23 (b), pada 28 Mac 2009 (Sabtu), pada jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Tertutup, Kompleks Rakan Muda, Sementa, Kelang, Selangor Darul Ehsan dengan dihadiri seramai 318 orang Perwakilan diseluruh Malaysia iaitu sekitar 77.6% peratus kehadiran daripada jumlah maksima Perwakilan sebanyak 410 orang.

Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa ini di adakan atas desakan 10 buah Cawangan Negeri di Malaysia yang menuntut Presiden memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa tersebut kerana hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2006/2009 yang telah gagal melaksanakan amanahnya berdasarkan Perlembagaan Persatuan dan ketetapan Mesyuarat Agung Perwakilan serta enggan memanggil Mesyuarat Agung Tahunan Bagi Tahun 2006, 2007 dan 2008 dan Minit Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2009/2012 telah difailkan dengan sempurna di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 31 Mac 2009.

Satu laporan polis telah dibuat terhadap En.Ramlee Bin Abd.Rahman (Mantan Setiausaha Agung), En.Amrahi Bin Buang (Mantan Bendahari Agung), En.Abd Azman Bin Johan dan En.Kamarul Baharaini Bin Abd.Latiff (Mantan Juruaudit Dalaman) kerana telah enggan dan engkar untuk menyerahkan Penyata Aktiviti dan Kewangan PSSCUHM pada 26hb April 2009.

Adalah dimaklumkan juga bahawa pembubaran 10 Buah Cawangan Negeri oleh MMK 2006/2009 adalah tidak sah kerana Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan Negeri yang hilang kepercayaan dan keyakinan kepada En.Ramlee Bin Abd.Rahman (mantan Setiausaha Agung) telah diadakan pada bulan Februari 2009 dan MMK 2006/2009 telah tamat tempohnya selama 3 tahun pada 11hb Mac 2009.

Turut dimaklumkan bahawa pengguguran keahlian beberapa orang ahli Seumur Hidup persatuan ini adalah tidak sah kerana pemakluman tersebut hanya diterima selepas tarikh 21hb April 2009, iaitu selepas Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 terbentuk pada 28hb Mac 2009.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan kepada pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan kesahihan Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa mahupun Majlis Mesyuarat Kebangsaan Bagi Sessi 2009/2012 tersebut, bolehlah mencabarnya dimana-mana mahkamah di Malaysia yang merupakan badan yang berwibawa untuk menentukan samada sesuatu Mesyuarat Agung tersebut sah ataupun tidak.

Suka saya tegaskan disini bahawa berkuatkuasa selama 3 tahun, bermula daripada 28hb Mac 2009, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia ditadbir oleh Majlis Mesyuarat Kebangsaan 2009/2012 (rujuk laman web rasmi persatuan www.silatcekakhanafi.org) yang telah dipilih pada Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa yang telah diadakan pada 28hb Mac 2009 dan akan berakhir tempohnya pada 27hb Mac 2012. Ahli-ahli juga dinasihatkan supaya berhubung terus dengan pejabat pengurusan jika memerlukan penjelasan dan keterangan terperinci.

Sekian, wassalam.

MOHAMAD AMIN BIN ZAINUL ABIDIN

Setiausaha Agung


Sumber dipetik dari www.sillatcekakhanafi.org





Apa dah jadi pada golongan Pengkhianat ...

Assallamualaikum Semua...

Dah lama tak menulis dalam blog ni. Semua orang boleh berkata-kata seperti diatas tetapi biarlah berkata dengan kebenaran bukannya untuk mengaibkan orang atau memutuskan silaturrahim sesama muslim. Kerja-kerja menghasut dan memfitnah adalah kerja dajal. Bolehlah dianggap pengkhianat bangsa dan negara. Jika dulu guru disanjung dan dihormati tetapi hairan zaman sekarang guru tidak lagi berada di hati tetapi tidak juga bertakhta di mata. Namun kesetiaan hanya berbicara dimulut. Kata setia tapi nah kau ... habis guru dicaci, dimaki dan dihamun. Tidakkah kamu sedar wahai duri dalam daging, pengkhianat dalam perjuangan yang selama ini dibajai dengan semangat setiakawan, dibajai dengan sifat mahmudah. Dimana kata setia, dimana kata hormat. Kalau dulu guru disalam, dipeluk, dicium kini guru yang dulunya diletakkan disatu tempat yang terlalu tinggi kini dimana sudah diletakkan wahai orang disana yang memusuhi kami pengikut Guru Utama yang sebenar. Tidakkah kamu terfikir bahawa guru yang kamu jangkat hanya seekor kambing hitam yang hanya diperkudakan oleh orang yang mempunyai kepentingan semata-mata. Siapa Joe ? Cuba cari siapa orang ini ? Adakah dia Guru sebenar guru atau hanya bertopengkan guru yang mahu dianggap utama yang bersembunyi dibalik title hanya untuk memuaskan hati seseorang. Dimana kewibawaannya dikala anak muridnya yang begitu lancang sekali mulutnya memperkatakan kepalsuan serta penghinaan kepada keluarga almarhum Ustaz Hanafi. Tidakkah sedar dan malu menggunakan nama Hanafi sedang keluarganya tidak dihormati ... Suka saya mengambil dari sebuah artikel Seni Silat Gayung Fatani ... sila baca dengan tenang ...

"Tidak ada manusia biasa yang dilahirkan bijaksana tanpa berguru atau belajar. Salah satu amalan sikap orang bijaksana itu ialah kesetiaan. Oleh itu sesiapa yang telah bijaksana awaslah diri daripada kedatangan kejahilan. Kejahilan peruntuh akhlak dan peradaban manusia. Dalam membicarakan dunia ilmu seni mempertahankan diri, maka bangsa timur ini telah memiliki berbagai jenis seni mempertahankan diri. Di antara jenis seni mempertahankan diri yang istimewa ialah jenis yang dimiliki oleh rumpun bangsa Melayu yang mendiami daerah serantau nusantara iaitu Seni Silat.

Lagi ...

"Kesetiaan penting dalam menuntut dan mengamalkan ilmu silat iaitu kesetiaan antara guru dan murid kerana silat merupakan ilmu rahsia membela atau mempertahankan diri. Murid setia kepada guru kerana guru punca ilmu dan guru setia kepada murid kerana jihadnya menentang kejahilan. Guru umpama harimau di hutan dan murid sebagai hutannya. Hutan tidak akan digeruni kalau tanpa harimau di dalamnya, manakala harimau tidak akan hebat tanpa hutan. Demikianlah perumpamaan orang menuntut ilmu. Dari kesetiaanlah lahirnya nilai-nilai murni seperti kejujuran, kesabaran, tanggungjawab, yakin taat, rajin, akhlak dan sebagainya. Mengamalkan kesetiaan perlu diasuh dengan sabar kerana apabila hilang kesetiaan dari diri segala nilai-nilai murni terbang seperti embun di pagi hari. Yang tinggal ialah perhubungan bermuka-muka, angguk ia percaya tidak.
Seperti yang telah disebutkan di atas tadi, setiap pesilat berusaha membentuk diri untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna. Tanpa akhlak yang mulia ilmu persilatan tidak bermakna. Bertambah buruk lagi kalau seni silat digunakan ke jalan yang salah, iaitu jalan yang bukan diamanahkan.

Tidak sekali-kali apabila mempelajari ilmu persilatan baru mengenai lawan. Sesungguhnya dengan mempelajari seni silat, seseorang dapat mengenalikelemahan diri sendiri. Kelemahan manusia ada rahsia baik buruknya.Umpamanya baik kelemahan itu akan menyebabkan seseorang itu penakut dan dayus.

"Pesilat diajar untuk membina diri mengikut kemampuan, membela diri mengikut
keadaan. Selagi ada ikhtiar pesilat dituntut berusaha. Sedia berdikari danbertangungjawab menjaga keselamatan diri, maruah keluarga, harta,kepentingan bangsa dan negara. Kalau tanggungjawab diri sendiri diabaikan dan diberikan kepada orang lain untuk menguruskannya, kelak kitalah akan menjadi hamba orang."

"Nilai kesetiaan dalam silat menjadikan pesilat menjadikan pesilat menyedaritanggungjawab terhadap perguruan sebagai punca ilmu persilatan, diri,masyarakat dan negaranya. Kesetiaan itu kejujuran dan kesabaran yang membentuk diri lebih teliti untuk kehidupan yang sejahtera."

P/S : Jangan menuduh tanpa usul periksa, nanti jatuh kepada fitnah. Fitnah itu dosanya dari membunuh.






Majlis Ijazah Asas, Potong dan Tamat SMK Sandakan



Salam dari kami warga Silat Cekak Sandakan dan tahniah kepada mereka yang telah tamat dan telah masuk keperingkat seterusnya. Manakala mereka yang baru mempelajari silat ini teruskan usaha dan jangan ponteng kelas yang penting taat kepada guru dan ibubapa.

Syabas adik-adik semua, semoga ilmu yang adik-adik pelajari akan diberkati

Guru Utama sedang mengijazahkan pelajar

Alhamdulillah, Majlis Ijazah berjalan dengan lancar. Terima Kasih Bang Mad







Lagi isu persoalan demi persoalan...

Assalammualaikum...

Mungkin ada yang terasa dengan tulisan blog semalan. Ialah kebenaran itu sesuatu yang pahit. Anda bertanya maka kami menjawab. Walhal persoalan itu sudah ada jawapannya lagi mau tanya, tapi sesi pertanyaan bolehlah diajukan semasa majlis penerangan Silat Cekak Hanafi, tetapi perlu diingat sebarnag pertanyaan kenalah beradab bukannya bertanya soalan yang anda sendiri dah tahu atau sengaja tak tau semata-mata nak menguji seseorang. Orang begini tak perlu layan sangat.

Berbalik kepada tajuk semalam, admin "poyo giler" itu salah seorang member chat berkata. Cuba tengok kat atas. Seperti yang dikatakan, sesuatu perbuatan itu mestilah dimulai dengan niat sekali lagi diulangi dengan NIAT. Saya dah dapat menjangkakan memang akan ada yang terasa. Jika anda terasa terimalah bahawa anda adalah anda. Jika Niat anda bersih ingin belajar dalam ertikata belajar cara belajar anda tidak akan terasa. Anggaplah ini satu tapisan bagi anda. Sebelum melakukan sesuatu untuk diri anda tanya terlebih dahulu bolehkah anda? Sanggupkah anda? Jelas disini kesabaran menjadi perkara penting dalam pesilat Cekak. Makanya dalam silat Cekak, cecah dulu baru ambik tidaklah belum sampai dah melatah lalu menuding kearah orang lain dan berkata sesuatu yang mencarut dan sebagainya. So, rasanya anda jenis apa mudah bersabar atau terus patah hati. Jika anda jenis pertama dialukan mempelajari silat ini. Jika anda jenis kedua pun dialukan jugak kerana kami membuat dasar terbuka. Mempelajari silat bukan semata-mata silat tetapi lebih dari itu yakni macamana nak membentuk jati diri yang memiliki hati waja, penyabar dan sebagainya(umumnya). Janganlah silap sikit dah naik tangan. Ingat kita ini manusia biasa. Ehmmm...Siapa makan cili dialah yang merasa pedas.

Sekurang-kurangnya tajuk semalan dapat membuka mata kepada mereka-mereka yang berkenaan apa sebenarnya yang anda mahu, yang lebih penting cermin diri dulu. Jangan mempersoalkan apa komuniti tu buat jika anda belum memasuki komuniti tersebut. "Tak kenal maka tak cinta. Hanya jauhari mengenal manikam". Janganlah kita suka mengadu domba membawa cerita kesana kemari mengatakan bahawa si polan bin si polan, persilatan itu persilatan itu...macam-macam lagi dengan tujuan membawa satu ideology atau propaganda untuk mendapat sokongan agar terlaksana niat di hati . Apa pun bergantung kepada NIAT. Kata nabi rasulallah " ada seketul daging jika ianya baik maka baiklah segalanya yakni hati". Sekian




Persoalan demi persoalan ...

Assalammualaikum...

Sudah lama tidak bergerak blog ni. Hari ini saya nak kupas sedikit berkaitan dengan persoalan berkaitan dengan persatuan untuk skop di Sandakan jer. Kira F.A.Q (Frequently Ask Question) , persoalan yang sering ditanya oleh mereka-mereka yang terasa jer. Masalah besar rujuk pusat. He he he

Persoalan Pertama
Kenapa diwujudkan blog ini?
Blog diwujudkan sebagai satu medan perantaraan maklumat sesama ahli atau orang ramai berkaitan dengan Silat Cekak itu sendiri. Kepada ahli sumber informasi berkaitan kelas adalah sebagai maklumat penting anda kecualilah anda tidak mempunyai internet. Kepad aorang ramai bagus untuk pengetahuan anda...

Persoalan Ke-2
Berkaitan Kelas untuk ahli sahaja...Apa aktiviti setiap malam?Lagi mau tanya...datang ajerlah
Aktiviti seperti biasa bersilat. Lebih dari itu tips bagaimana nak menjadi manusia yang sentiasa istiqomah dalam perjuangan. Mari berdoa bersama agar ditetapkan iman.

Persoalan Ke-3
Yuran berapa? Mahalkah?

Nak belajar kenalah berkorban. Nak makan nasi kenalah berusaha. Jangan tunggu orang dok suap kat mulut. Samalah dengan latihan silat. Fikir kenapa buat kaedah A bukan B dulu. Yuran murah ada duit semua boleh jadi. Jika berkemampuan bayar tak ada kemampuan bayar sikit-sikit (kita terima) kalau tak mampu bayar juga simpan dulu hasrat untuk belajar. Bukan rezekiler tu. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Lu Fikirlah sendiri.

P/S : Malas layan orang yang suka berdalih. ;)

Persoalan Ke-4
Sakitkah belajar silat ni? Susahkah ?
Ehmmm...
Kata orang bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Mana ada orang lahir terus pandai berjalan berdiri lain kalau orang istimewa tu. Superman ker apa ker...

P/s : Tak nak susah tak nak sakit jangan bersilat. Aku tak rugi engkorang tak untung. Fikirlah sendiri

Persoalan Ke-5
Nak bersilat untuk apa?
Bila ditanya kepada semua orang. Banyak jawapan tapi majoriti dikalangan budak sekolah untuk mempertahankan diri, untuk membela diri. Tapi kalau tanya luar budak sekolah, jawapan suka-suka, senaman, gerakkan badan yang dah lama jam ni. Ada lagi jawapan yang hebat nak jadi "kaki buli". Nak balas dendam. Apapun bergantung pada niat saudara sekalian... Jika niat anda baik baiklah jadinya jika sebaliknya. Ehmmm sendiri mau ingat. Apapun ilmu yang baik dapat memberi manfaat kepada manusia sejagat bukan menjahanamkan orang.

P/s : Tepuk dada tanya iman bukan tepuk perut tanya selera. Tepuk selera tu yang nak jadi hebat tu ingin mempelajari ilmu persilatan tertinggi agar menjadi orang kuat. Tapi bila kerat pisau berdarah merah jugak. Lu fikirlah sendiri.

Persoalan Ke-6
Bolehkah saya belajar dengan otot badan yang kecil ni? I ni lembutlah? I ni bermacam-macam lagi yang merujuk kepada kelemahan diri?
Jawapan kembali kepada niat. Jika niat anda nak memperbaiki kelemahan. Itu satu tindakan betul dan positif. Mengikut pengamatan saya, belajar silat mungkin boleh mengubah persepsi anda dari segi imej dan pergaulan. Ini kerana sebelum silat anda merasa kurang keyakinan tetapi setelah mempelajari selok belok bertarung ditambah lagi oleh nasihat dari jurulatih agar sentiasa menilai diri siapa anda sebenarnya. Ibaratnya mengenal jati diri. Dan banyak lagi sebenarnya yang diperolehi.

P/s: Betullah kata orang, mempelajari senibeladi mengajar ahlinya berdisiplin dan bertindak atas fikiran sedar dan wajar bukan membabi buta pukul koboi. Siapa susah diri sendiri jugak. Hanya jauhari mengenal manikam.

Persoalan Ke-7
Apa yang kami dapat setelah tamat...?
Jangan tanya saya apa yang anda dapat setelah tamat. Anda rasalah sendiri. Berbalik kepada niat. Setahu saya anda akan dapat makan kenduri kesyukuran. He he he. Bestkan. Seterusnya anda fikirlah sendiri.

P/s: Macam-macam ada, ilmu itu yang penting. Jangan tanya apa anda dapat tapi tanya apa sumbangan anda.

Persoalan Ke-8
Kenapa saya bertanya ...
Lumrah manusia suka ingin tau. Maka kata peribahasa Melayu. Malu bertanya sesat jalan. Banyak bertanya nanti bingung. So tanya apa yang patut sahaja. Bertanya pada tempatnya. Bertanya murid kepada guru ada adabnya. Jangan bertanya jika anda belum menguasai satu bab. Belajar dahulu, fikir , istiqomah , usaha dah dapat jawapan nanti khabaq kat orang lain. Jangan asyik nak fikir isi walhal kulitnya belum tamat. Belajar kulit tinggal isi tu yang cakap tak serupa bikin, Belajar isi tanpa kulit ibarat telanjang. Jadi belajarlah isi dan kulit macam lagu search. Lagi satu tanya pada yang ahli. Maksud dia jangan tanya mekanik camna nak buat bangunan, tu kena tanya kontraktor binaaan.

Adab bertanya kepada guru...buat tatapan semua ahli cekak tak kiralah lama ker atau baru. Tak kiralah guru tu muda atau tidak. Kira adab belajarler ni. Jangan nanti sesudah bagitau masih buat lagi...

  • Sebagai murid, kita harus menghormati guru.
  • Lakukan apa yang paling disenangi oleh guru.
  • Hindari dari menyingung perasaan guru.
  • Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah dan Rasul.
  • Murid lah yang dahulu mengucapkan salam.
  • Kurangi banyak bicara yang ”asbun” (asal bunyi) di hadapannya.
  • Berdirilah apabila guru berdiri.
  • Bertutur dengan lemah lembut dan penuh rendah diri.
  • Jangan mengatakan kepadanya, ”Si Fulan berkata begini (yang berlawanan).”
  • Jangan bertanya kepada teman-teman ketika di hadapan guru.
  • Jangan banyak ketawa dan senyum-senyum ketika berbicara dengannya.
  • Minta lah izin untuk bertanya atau beredar dari majlis.
  • Janganlah mengutarakan hal-hal yang berlawanan dengan pendapatnya.

  • Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
  • Jangan menarik bajunya ketika hendak berdiri bertanya soalan.
  • Jangan meminta penjelasan guru ketika di tengah jalan dan jangan menambah hal-hal yang membosankannya.
  • Jauhkan rasa takbur dan sombong.
  • Bersihkan dada dan selalu berprasangka baik kepada guru.
  • Ketika mendengar pelajaran, tampakkan kekhusu’an dan tundukkan pandangan.
  • Bersikap diam memperhatikan setiap ucapan yang di dengar.
  • Sentiasa doakan keampunan dan kesejahteraan guru.
  • Sentiasa ziarahi mereka atau menziarahi maqam mereka setelah mereka meninggal dunia.
  • Ambillah berkat dengan mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka.
  • Begitu juga dengan tempat mereka mengajar atau orang-orang yang akrab dengan mereka.

Sekian